Jumaat, 3 Februari 2017

Cik Miyaa nak kongsikan resepi Kek Coklat Moist yang paling mudah dan sedap. Untuk gadis-gadis, ibu-ibu dan abang-abang yang ingin mencuba tu boleh la guna resepi Cik Miyaa ni, gerenti puas hati.

Masa Cik Miyaa pertama kali buat kek ni, Alhamdulillah menjadi sebab bahan-bahan dia cukup senang.  Semua ahli keluarga suka. Sampaikan ada yang request buatkan kek ni kalau kak miyaa balik rumah.

Kalau yang student macam Kak Miyaa ni teringin nak makan kek buat sendiri je dikk..lagi puas makan kalau nak dibandingkan  dengan beli dekat kedai tu.

Malas la nak cakap banyak, Cik Miyaa dah tak sabar nak kongsikan resepi Kek Coklat Moist yang meletupp!! ni..hahaa..meletup ke ???  cuba dulu baru tau meletup ke idok..hehehe



KEK COKLAT MOIST CIK MIYAA

                            gambar sekadar hiasan sebab haritu Cik Miyaa tak ambik gambar..ghehehe.
                                       
Bahan-Bahan

(bahan 1)
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk bikarbonat
1 sudu teh baking powder

*bahan di atas perlu diayak  dalam satu bekas.

(bahan 2)
1 cawan gula
2 biji telur
*putarkan dengan mixer sehingga kembang lebih kurang dalam 30 minit.

(bahan 3)
1 cawan susu pekat

(bahan 4)
1 cawan minyak masak

(bahan 5)
1 cawan air panas mendidih
*air baru mendidih


CARA-CARANYA
 *sebelum mulakan pergi panaskan loyang dalam oven dulu tak perlu sapukan minyak sebab kek ni tak melekat pada loyang.

*step 1
- campurkan bahan 2 dengan bahan 3 dalam satu bekas.
-putarkan dengan mixer sehingga sebati.

(bahan 2 tu jangan lupa putarkan dulu sampai kembang tau nanti tak jadi )

*step 2
-daripada step 1 tadi campurkan pula dengan bahan 1.
-putarkan lagi dengan mixer sehingga sebati.
- bahan tu akan jadi berat dan susah nak putarkan tapi jangan risau,putarkan saje sampai dia sebati.

*step 3
- masukkan pula bahan 4
-putarkan lagi dan bahan tu akan jadi licin.
-putarkan sampai sebati lagi.

*last step
-masukkan bahan 5
-putarkan sehingga ia sebati.
HATI-HATI,putarkan dengan perlahan takut nanti terpercik kena air panas.

ok dah boleh keluarkan loyang daripada oven. Dan tuanghan adunan dalam loyang.

start la membakar sampai masak. Cik Miyaa tak set time tau sbb Cik Miyaa guna cara ibu Cik Miyaa ajar.

*PETUA NAK TAHU KEK DAH MASAK / BELUM.

Ambil lidi sate tu, cucukkan dekat tengah-tengah kek tu,
kalau kek tu melekat dekat lidi tu maknanya kek tu belum masak
dan kalau dekat lidi tu tak ada kek melekat-lekat  langsung maknanya kek tu dah masak.


untuk topping/ coklat leleh :

1/2 cawan serbuk koko
susu pekat secukup rasa
3 sudu minyak masak

cara-cara
*satukan bahan dalam satu periuk dan masak dengan cara double boiling.
*bila semua dah sebati boleh la curahkan atas kek yang dah disejukkan.

dibawah ni cara double boiling untuk yg tak tahu caranya.